
asyhrhmt23
5 tahun
Dada dada sakit dan hidung tersumbat tetapi tidak selsema
Saya wanita 26tahun. Beberapa harini saya mengalamai sakit dada dan hidung tersumbat. Tetapi saya tidak demam, batuk dan selsema. Cuma dada terasa berat dan sakit tekak selepas bangun tido.Khamis lepas saya ada buat saringan di KK dan dr. Mengatakan saya cuma penat dan tekanan darah tinggi sikit. Tetapi sehingga sekarang dada saya terasa berat dan hidung tersumbat membuatkan saya sukar utk tidur malam. Saya juga ada mengalami pening pening dan loya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentangmasalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dada dan hidung tersumbat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus atau bakteria
- Allergic rhinitis
- Ketumbuhan dalam hidung
- Masalah darah tinggi
- Masalah ritma jantung
- Anemia
- Penyakit jantung koronari
- Sakit daripada struktur dada seperti tulang rusuk. otot dan sendi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.