
Sulit
5 tahun
Dada kadang2 terasa panas setelah baik dr demam
Saya dah 21 hari mengalami panas dada,nafas pendek demam 14 hari cuma skrg dada tersa panas sbb apa ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun begit, soalan lanjut harus ditanya mengenai gejala yang anda hadapi untuk memahami masalah sebenar yang anda. Oleh hal yang demikian, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan doktor. Lebih-lebih lagi sekiranya ia berlarutan serta menganggu aktiviti harian anda.
Namun begitu, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Manakala demam boleh disebabkan oleh:
Jangkitan bakteria / virus
Allergic Rhinitis
Keradangan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.