
Sulit
4 tahun
Dada kiri terasa cucuk
Saya berusia 41 tahun. Baru2 ini selepas berbuka puasa, dada kiri saya terasa spt dicucuk sekjap ada sekjap ilang tetapi tdak la berasa sakit. Setiap kali dtg rasa cucuk tu tidak ada sesak nafas. Saya mmg ada sedikit angin dlm badan yg mana kerap gak sendawa. Apakah masalah yg saya alami. Simptom jantung atau pun gastrik…
Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
- Anemia (kurang darah merah)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam badan)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sukar untuk kami katakan punca sakit dada yang dialami oleh anda berdasarkan soalan sahaja. Pemeriksaan lanjut oleh doktor dan siasatan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui punca masalah yang dialami. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.