
Anonymous
2 tahun
Dada sebelah kanan sakit
Saya ramaja 17 tahun…pada hari ni selepas niaga saya mengangkat barang…sewaktu mengangkat meja untuk letak ke bawah…dada sebelah kanan saya secara tiba² sakit…semacam kena tekan…dan kena cucuk…selama ni saya pernah mengalami sakit dada sewaktu tengah tido…tetapi sudah lama ia tidak ada lagi…kecuali gejala pitam sahaja…tapi sudah berkurangan…dan saya pernah pengsan ketika darjah enam dan seterusnya sewaktu tingkatan tiga semasa selepas membuat ujian naik turun tangga…saya sudah membuat pemeriksaan doktor di kampung dengan saringan darah tetapi tiada apa yang berlaku…adakah saya perlu membuat pemeriksaan lagi??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit dada tergantung bahagian seperti tengah kiri dan kanan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- muscle strain
- sakit paru-paru
- gastroesophageal acid reflux (GERD)
- sajit jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.