
Sulit
3 tahun
Dada terasa ketat dan kerap sedawa
Sy wanita 44 tahun…hampir setiap malam mengalami dada ketat dan kerap sedawa . Hanya pada waktu malam…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kerap sendawa dan dada terasa ketat pada setiap malam. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Pedih ulu hati
- Asid refluks (GERD)
- Serangan jantung
- Radang paru-paru (pneumonia)
- Radang selaput paru-paru (plueritis)
- Radang tulang rusuk
- Bronkitis kronik
- Ketegangan otot
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.