
Sulit
4 tahun
Dada terasa seperti menyucuk dan tekak seperti perit
Kes saya ni doc sebenarnya mcm ni,sya ada trauma dgn sesak nafas kot sbb depan mata khilngn psngn akibat sesak nfas…mula² tu xrasa apa²,tp bila da berlalu 2 minggu lebi dr kjdian tu,jantung sya bdebar sgt kuat smpai tngn sejuk² dan rasa nak pengsan pn ada,trus p hsptal dptkn rawatan,bila da cek,kata saya ada tonsil,cek teknan msa tu sya da lupa…leps tu kna ambik darah,suspek tiroid sbb tekak pn rasa perit sgt,nak bnafas pn susah…bila result blood ada,saya x hidap pn tiroid tu…saya xpuas hati smpai buat medical chek up kat klinik,bila da dpt result,yg lain xda masala,cumanya kolestrol naik sikit,talesimia,uric asid (gout) dan kncing kotor je…yg lain baik,klu ckp dpt sakit jntung jauh sgt doc ckp…sya kata knpa dada rasa perit je seperti menyucuk,doc kata saya byk fikir sgt ,bila otak byk fikir,iya akn mnghsilkn hormon yg xbaik,sya lupa da apa smbungan doc ckp msa tu,,dan boleh sebbkn dada sakit katanya…
…tp saya da x byk fikir psl org yg da xda,knpa msi rasa sakit ya…kadang kala,tiba² tngan sejuk² badan rasa lemah dan jntung bdebar²…tekak saya rasa seperti sempit,agak sukar nak bernafas,nak bernafas seperti pendek saja…ada ka saya mengalami serangan panik atau anxiety?
benda tu dtg sekejp saja xberlarutan…dalam 10 minit mcm tu lah…saya da move on,xsangup da mcm ni…mohon pencerahan doc…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan pelbagai perkara. Contohnya:
- Jangkitan paru-paru
- Masalah jantung
- Trauma tulang rusuk
- Radang gastrik
- Hipertiroid
- Anxiety Disorder
Untuk makluman lanjut, anxiety (keresahan) merupakan kondisi mental yang seseorang ini akan mengalami gejala seperti:
- Terlalu rimas
- Ketakutan
- Jantung berdebar-debar
- Sesak nafas
- Perasaan tercekik
- Sakit dada
- Sakit perut
- Loya
- Menggigil
- Perasaan hampir mati
Cara untuk mengatasi yang paling berkesan adalah untuk berjumpa dengan seseorang doktor pakar psikiatri. Doktor pakar ini akan mengajar teknik-teknik pernafasan atau manuever untuk mengurangkan gejala yang dialami. Sekiranya kondisi ini terlalu teruk, doktor pakar ini akan memberi ubatan untuk mengawal kondisi tersebut.
Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma. Terima kasih.