
Anonymous
5 tahun
Dada tidak selesa(sakit sedikit)
Saya ada mengalami keadaan dada tidak selesa. Saya telah pergi ke klinik dan didapati bkn berkaitan dgn jantung tetapi berkaitan urat. Adakalanya juga mungkin saya mengesyaki disbbkan angin atau gastrik. Mohon jawapan dari doktor. Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah jantung seperti dilated cardiomyopathy (jantung membesar), serangan jantung
- masalah saluran darah seperti pembesaran atau koyakan arteri badan
- masalah paru-paru sepeti pneumonia (jangkitan paru-paru), fibrosis (paru-paru berparut)
- masalah saluran pencernaan seperti gastrooesophageal reflux ( asid perut naik ke atas), peptic ulcer disease (perut luka)
Oleh kerana pelbagai sebab blh menjadi punca anda mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada anda untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.