
Sulit
3 tahun
Daging lebih di vagina
Saya wanita yg belum berkahwin. Sy ada sedikit kekeliruan di kemaluan apabila ada seperti daging lebih dua tergantung di vagina dan agak panjang melebihi sedikit dari bibir vagina. Ia buat sy tidak selesa. Saya google gambar utk mencari tahu apa sebenarnya itu tetapi tidak mendapat jawapan kerana gambar vagina yg ditunjukkan tidak ada daging tersebut. Ia agak merisaukan sy memandangkan tidak lama lagi sy akan berkawin. Adakah ia bahaya utk sy atau beri kesan bila berhubungan intim?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya secara kongenital (sejak lahir), polip, kutil kulit dan lain. Kesan gejala anda berakibat pada punca penyebabnya.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.