
Sulit
3 tahun
Dah 10 bulan kawin tapi masih tidak dikurniakan anak
Hello doc , sy ayna berumur 26 thn , da kawin selama 10 bulan tapi belum lagi dapat anak , sy tak pasti punca apa , tapi period sy tak teratur , period dtg setiap bulan tapi kadang awal kadang hujung mcm tu . Sy pernah berurut makcik tu cakap rahim sy senget , and tutup saluran air mani nk masuk . Sebabtu byk air mani keluar selepas bersama suami . Mohon penerangan doc kenape sy tak hamil lagi .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Endometriosis
- Gangguan ovulasi
- Kecacatan pada rahim atau serviks
- Sekatan pada tiub fallopio
- Kanser
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor