Sulit
5 tahun
Darah aid tidak datang
Sy adalah seorang ibu tunggal Yg berumur 45 tahun. Sy mempunyai masalah endometrioma dan doc dihospital memberi pil mercilon utk mengurangkan rasa sakit sy ini. Sy juga telah berhenti makan pil mercilon tnpa arahan doc pada bln oct’19. Masalah sy skrg ialah sy masih belum dtg haid lg selepas dari last 1st day haid sy iaitu pd 20/10/19. Adakah ini adalah perkara biasa atau sy ada penyakit lain yg kronik? Sila bantu…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kehamilan
- umur; pada awal haid, normal bagi remaja untuk mengalami haid lewat.
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
























