Anonymous
4 tahun
Darah berwarna coklat cair
Saya sudah berkahwin selama 2tahun dan sedang TTC,saya sudah pun berjumpa dengan doktor, setelah berbincang masalah saya, saya mengalami telur tidak matang. Bulan lepas 14/6, doktor telah memberikan ubat clomid dan beberapa hari selepas itu 24/6 doktor telah membuat suntikan utk pecah kan telur. Semalam 11/7 saya mendapati ada darah keluar sedikit, saya ingat saya period. Selepas itu smpai ke petang tidak ada darah tapi hanya cecair berwarna coklat cair. Apakah itu doktor? Saya telah membuat temu janji di hospital, dan next appitment saya pada 15/7. Tapi saya risau, apakah yg terjadi? Adakah ia nya serius? Saya harap doktor dapat terangkan. Terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda spotting tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara antaranya ovulasi, implantasi janin dan sebagainya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.