
Sulit
3 tahun
Darah berwarna koko keluar semasa waktu subur
Wife sy berumur 27 tahun menghadapi satu kebimbingan apabila beliau mengetahui ada darah yg berwana koko keluar dari farah semasa waktu subur berserta sakit perut., ini sudah berlaku beberapa kali…

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala pendarahan dari faraj. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Tekanan emosi atau stres
- Jadual aktiviti harian yang terlalu aktif dan padat
- Ketidakseimbangan hormon
- Kehamilan (pendarahan implantasi)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory disease)
- Endometriosis atau adenomyosis
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Jangkitan kelamin
- Kanser rahim atau serviks
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall