
shidashah123
5 tahun
Darah dari kemaluan berpanjangan hampir 10bulan
Saya ibu kepada 3 orang anak. Saya sering keletihan. Berat badan semakin turun. Darah keluar dari faraj berpanjangan. Apakah punca ? Ari² sy selalu sengal. ketika mbuang air kecil rasa sgt pedih manakala air kencing seperti air panas . Boleh doc berikan jawapan pada masalah sy ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Sebagai seorang wanita usia subur, seharusnya mempunyai kitaran haid yang normal yang terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila darah haid seterusnya datang lebih cepat 38 hari atau lebih pendek daripada 24 hari atau terjadi lebih daripada 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.