
zakira97hanim
4 tahun
Darah haid atau darah dari air kencing
Hai doktor . Saya ada soalan
Saya dah berkahwin , dan amik perancang depo . Haid saya kadang ada , kadang tak ada .
Pada 5.3.2021 , saya telah datang haid . Kebiasaan fatang 2,3 hari sahaja . Tapi sekarang lebih dari biasa .
Masalah sekarang , di pad yg saya pakai tiada setitik darah . Tapi bila saya kencing baru keluar darah .
Ada tu darah keluar bersama air kencing . Dan ada juga darah keluar selepas kencing . Tapi pada masa itu sahaja . Dan juga , semasa BO , darah akan menitik keluar . Bila selesai PU dan BO , darah tu tak ada dh di pad . Apakah sebenarnya itu doktor ?
Harap saya dapat jawapan dari soalan saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan dan kebimbangan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah organ wanita - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Walau bagaimanapun, kencing yang disertai darah juga boleh disebabkan oleh
- jangkitan kuman di saluran kencing (UTI)
- trauma pada saluran kelamin
- tanda-tanda gangguan batu karang
- gangguan darah platelet
- gangguan perdarahan yang lain
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.