
Sulit
5 tahun
Darah Haid atau darah nifas?
Saya wanita umur 20 an. Saya mngalami keguguran dan ikutkan darah nifas saya dah kering. Mengikut waktu kalendar, sy spatutny datang period akhir bulan ni tapi slps 2 mnggu darah nifas kering sy dtg haid. Tapi hari pertama period, sy mngalami sakit di bhgian perut sperti segugut tapi sblm ni tak pernah sakit segugut. Kadang2 sakit berlanjutan shngga 2-3 hari. Adakah normal datang period awal?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.