
Sulit
5 tahun
Darah haid awal seminggu
salam doc, saya wanita beruusia 27 tahun…sy sudah berkhawin. sy nk bertanya kan soalan tentang mengapa period sy sampai awal seminggu dri tarikh sepatutnya? adakah ia bukan period atau pon period?darah keluar tak bnyak. cuma titis2 sahaja… sy dah cube guna pragnancy test. tp cuma ada stu line sahaja… bermakan sy tak mengandung… jadi apa masalahnye darah tu ya doc? boleh bg penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Apabila haid anda awal seminggu, sila pastikan lagi apakah lebih cepat daripada 24 hari.
Haid yang tidak teratur dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Kondisi ini dapat disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanserrahim
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info dan maklumat tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.