
Sulit
4 tahun
Darah haid beketul dan berpanjangan
Selamat petang, saya berumur 25tahun,dan masih bujang, kebelakangan ini darah haid saya turun beketul2 besar2 pada hati ayam dan byk… Saya sudah dapatkan rawatan d pakar sakit puan, dan sy dberi ubat tahan sakit, saya juga telah mmbuat scan dan dapati rahim saya bengkak dan cyst saya 3cm… Skrg saya mngalami sakit slpas mkn ubt tahan sakit,badan saya lemah… Darah still turun… Adakah merbahaya dr? Terima ksih…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala ketulan darah yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan
- kitaran haid yang tidak teratur
- ketulan darah haid
atau ia juga boleh menandakan keadaan yang lebih serius seperti
- Gangguan sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Tanda-tanda keguguran
- atau gangguan organ wanita yang lain.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Disamping itu, gejala lemah badan dan lain-lain yang dialami boleh disebabkan oleh
- kesan sampingan ubat
- atau komplikasi dari gangguan kitaran haid anda
Justeru kami menyarankan anda untuk merujuk kembali ke doktor anda atau ke pusat rawatan yang terdekat dengan kadar segera. Namun buat sementara waktu anda boleh
- Meneruskan rawatan sekiranya tiada kesan sampingan yang membimbangkan
- Kerapkan bersenam (yang ringan atau sesuai kondisi tubuh)
- Mengambil suplemen seperti:
- zat besi (menggantikan sel darah merah yang hilang)
- vitamin B & D (membantu gangguan kitaran haid)
- fish oil (boleh membantu dalam mengurangkan krem haid)
- Rehat secukupnya
- Mencatatkan perkembangan gejala (sekiranya berlaku)
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!