
Sulit
4 tahun
Darah haid berketul seperti daging
saya berumur 16 tahun. Hari ini, hari ke 3 saya period. Ptg tadi saya nampak di pad saya seperti satu ketulan daging berlumuran darah. Boleh saya tahu apakah itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid berketul ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut bagi menjawab kekeliruan serta kerisauan anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.