
Anonymous
5 tahun
Darah haid bewarna hitam
Saya berumur 21 thun. Sya ingin bertanya mngenai darah haid warna hitam kerana penyakit ka ap

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, fenomena ini merupaka perkara biasa bagi para wanita. Cecair coklat atau ‘spotting’ hanyalah sebahagian daripada “proses pembersihan” apabila badan anda membuang lapisan rahim,biasanya ia bermakna ada darah lama yang masih mengalir.
Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda mengalami pendarahan vagina dalam keadaan yang berikut:
- Terdapat perubahan besar dalam kitaran haid anda.
- Anda mempunyai 3 atau lebih kitaran haid yang berlaku lebih daripada 35 hari.
- Tempoh haid anda berterusan lebih daripada 7 hari.
- Anda mula mengalami pendarahan yang sangat banyak ketika haid datang dan tidak seperti selalunya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.