
Sulit
4 tahun
Darah haid datang sekejap kemudian tidak datang kemudian datang kembali untuk tempoh masa bawah 15 hari
Saya wanita berusia 27 tahun dan sudah berkahwin…anak kecil masih menyusu badan…sebelum ini haid saya datang secara normal,selepas kelahiran anak kedua baru haid saya tidak teratur…buat pengetahuan doktor, anak pertama tidak menyusu badan, tetapi anak kedua menyusu badan…masalah saya ialah haid saya datang pada 3 hari pertama,2 hari selepas itu haid tidak keluar, keesokan harinya darah haid datang kembali dengan warna seperti warna darah hari pertama…ada adakah ianya normal ataupun saya perlu melakukan pemeriksaan kesihatan??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak menentu ketika menyusu badan adalah perkara biasa.
Untuk makluman anda, hampir semua ibu menyusu bebas haid untuk enam bulan pertama selepas bersalin. Ini adalah fenomena yang dikenali sebagai lactation ammenorrhea. Hal ini kerana, penyusuan bayi secara berkala bertindak sebagai penghambat pembebasan hormon yang berfungsi dalam penebalan dinding rahim untuk mempersiapkan kehamilan baru. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, dinding ini akan jatuh sebagai darah haid. Namun, ketiadaan pelepasan hormon ini ketika menyusu bermaksud ovulasi tidak dapat berlaku, dan haid tidak akan berlaku.
Akan tetapi, sekiranya anda mula datang haid semasa anda menyusu, anda mungkin mengalami spotting atau tempoh haid yang tidak teratur. Untuk peringatan juga, sebagai langkah berhai-hati kerana anda sudah mula datang haid, digalakkan untuk anda mengambil langkah pencegahan kehamilan. Untuk tujuan ini, anda boleh meminta nasihat jururawat atau doktor di klinik.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.