
Sulit
4 tahun
Darah haid hitam dan agak pekat. Adakah itu normal @ berisiko untul dapat penyakit?
Hai, sy 26thn & masih bujang. Lately ni period sy lambat (lewat seminggu) dh bulan kedua. Sy perasan perubahan warna darah haid sy hitam & agak pekat. Sy tak amalkn apa2 jamu@suplement. Agak risau sbb belum pernah terjadi seperti ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih soalan yang diajukan.
Berkenaan dengan darah haid yang kelihatan hitam, ia biasanya disebabkan oleh darah yang telah lama berada di dalam rahim. Ini disebabkan oleh aliran darah haid yang perlahan pada awal haid meyebabkan ia berada lebih lama di dalam rahim atau merupakan baki darah haid anda pada kitaran haid yang lalu. Warna hitam atau lebih gelap ini terhasil akibat darah yang teroksida.
Tempuhi waktu datandengan selesa tanpa kebocoran.g bulan anda
Biasanya darah hitam ini adalah sesuatu yang normal. Namun begitu, jika anda mengalami gejala lain seperti
- Sakit perut haid yang teruk
- Haid terlalu lama
- Haid terlalu banyak
- Kitaran haid yang tidak teratur
- Sakit ketika melakukan hubungan seksual
- Kesukaran mengandung
Anda perlulah merujuk perkara ini untuk pemeriksaan lanjut agar punca masalah ini dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.