
ladyicecream91
5 tahun
Darah haid hitam dan lama
Hi doktor, saya berumur 28 tahun dan masih bujang, belum berkahwin. Baru-baru ini, saya mengalami haid yang pelik bagi saya. Kerana pertama kali menghadapi situasi ini. Saya didatangi haid sudah memasuki 3 minggu berturut-turut sehingga kini hampir masuk minggu ke-4. Beserta darah haid yang berwarna coklat kehitaman,berbau dan sangkut-sangkut.
4 minggu lepas saya ada mengambil suntikan allergic atas faktor salah makanan. Adakah ini kesan sampingan dari pada suntikan tersebut? Sebelum ambil suntikan allergic. Haid saya berjalan lancar mengikut kitaran haid.
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Endometriosis
- Fibroid
- Ovarian cyst
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.