
Sulit
5 tahun
Darah Haid Keluar ketika bersetubuh
Saya seorang isteri berumur 27 tahun. Satu hari ketika saya mengadakan hubungan intim bersama suami, saya dapati ada darah haid keluar tanpa disedari kerana saya dan pasangan mengadakan hubungan dalam keadaan gelap. Walau bagaimanapun, suami saya tidak sempat memancutkan air maninya ke dalam faraj saya. adakah saya dan suami terdedah dengan sebarang jangkitan disebabkan zakarnya telah masuk ke dalam faraj saya ketika darah mengalir keluar. apakah langkah awal yang boleh saya ambil untuk mengelakkan sebarang risiko?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, tidak ada masalah untuk melakukan hubungan seks semasa datang haid. Sekiranya anda risau dengan jangkitan, seperti penyakit berjangkit kelamin, penyakit ini hanya akan merebak sekiranya anda menghidapi penyakit tersebut. Akan tetapi penyakit ini boleh merebak bila-bila masa walaupun bukan ketika haid.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.