
Sulit
3 tahun
Darah haid sikit dan tidak keluar selepas tu
Saya wanita 20-an dan saya telah melakukan hubungan seks tanpa protection, saya telah memakan postinor-2 pada 20&21/11 yg lalu (4pill) sbb telah dua kali melakukannya. pada 23/11, darah haid saya keluar setompok pada malam tu dan lepas tu dah takde yg keluar. last period saya pada 25/10. adakah ini tanda2 mengandung atau kitaran haid saya lambat sebab pill tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, berdasarkan ertanyaan anda di tas bahawa pada 23/11 yang lalu anda telah datang haid, ia bermakna anda tidak hamil. Untuk masalah kitaran haid yang lambat, ia boleh disebabkan oleh pengambilan pil perancang keluarga tersebut. Antara sebab lain yang boleh menyebabkan haid menjadi tidak teratur adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stres
- Gangguan hormon
- Policystic Ovary Syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan