
Anonymous
5 tahun
Darah haid terlalu berlebihan
Saya wanita berumur 45 thn…baru2 ini dari bulan febuari hingga jun darah haid saya keluar banyak lebih dari biasa…dan tidak teratur.selepas haid ada cairan putih kuning sentiasa keluar menyebabkan saya sentiasa memakai tuala wanita dan berbau .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,masalah haid yang banyak dikenali sebagai menorrhagia adalah aduan kerap di klinik pakar sakit puan. Menorrhagia ditakrifkan sebagai pendarahan haid lebih daripada 80 ml dalam kitaran haid atau mempunyai tempoh haid lebih dari tujuh hari. Tanda-tanda lain untuk menorrhagia ialah keperluan untuk menukar tuala wanita setiap jam, kehadiran pembekuan darah yang lebih besar dari 2.5 cm atau pendarahan melalui pakaian atau tempat tidur
Antara punca berlakunya darah haid yang banyak ialah:
- Perdarahan disfungsional, atau dysfunctional uterine bleeding
- Masalah kelenjar tiroid terutamanya kekurangan hormon tiroid atau hypothyroidism.
- Fibroid uterus. Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku di dalam dinding rahim
- Endometriosis, tisu-tisu rahim terletak di luar rahimmenyebabkan pendarahan yang berat dan menyakitkan
- Polip juga merupakan sejenis ketumbuhan pada rahim
- Sindrom polisistik ovari
- PID (Pelvic inflammatory disease), Jangkitan kelamin boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai penyakit radang pelvik atau Pelvic Inflammatory Disease (PID) boleh menyebabkan gejala seperti sakit perut dan menorrhagia.
- Kanser serviks atau kanser rahim
Aliran haid yang banyak adalah masalah yang perlu dirawat kerana komplikasi yang boleh berlaku sekiranya kehilangan darah berlebihan. Contoh-contoh komplikasi termasuk anemia (kekurangan darah merah) dan masalah jantung dalam jangka masa panjang jika tidak dirawat. Rawatan bagi pendarahan berat adalah bergantung kepada punca pendarahan tersebut.
Bagi mengetahui punca gejala yang anda alami , anda amat disarankan unutk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.