
Sulit
4 tahun
Darah haid yang berlwbihan
Saya seorg wanita berumur 23 tahun. Saya nak tanay saya alami period dan darah period yg berlebihan walaupun sudah hari ke 8. Adakah perkara tesebut normal?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah haid berlebihan boleh disebabkan oleh pelbagai masalah seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah haid berlebihan merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit puan (O&G) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini.