
Sulit
4 tahun
Darah implantasi berketul atau haid
Hai doktor, adakah darah implantasi berketul-ketul? Keputusan UPT sudah positive, tetapi terdapat kesan darah pada panty liner. Ini merupakan hari kedua kejadian tersebut. UPT test saya masih positif. Mengikut kiraan doktor yang saya jumpa kandungan saya baru 5 minggu. Adakah itu darah haid atau memang implantasi?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa cara untuk membezakan darah haid dengan darah implantasi, antaranya adalah:
- Warna: Pendarahan implan biasanya berwarna merah jambu kepada warna coklat gelap (warna karat)
- Ketulan darah: Pendarahan implan tidak ada ketulan
- Tempoh masa: Pendarahan implan berlangsung dari beberapa jam hingga 3 hari penuh.
- Jumlah: Pendarahan implan biasanya hanya bercak (spotting) atau aliran kecil dan bukan aliran penuh.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih