
erynahmad5116
3 tahun
Darah ketika bersama suami
saya wanita berumur 25 tahun dan sudah berkahwin. saya mempunyai masalah keluar darah yang banyak ketika bersama dengan suami. Darah yang keluar tuh berwarna merah pekat dan berbau seperti darah haid. Dan apabila saya cuci di toilet, ada ketulan darah keluar melalui vagina. adakah normal?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengalami pendarahan sewaktu bersama dengan suami anda. Kami akan cuba membantu anda.
Pendarahan di luar waktu haid boleh menimbulkan kebimbangan. Pendarahan ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti :
- Keguguran
- Sista ovari
- Fibroid
- Ketumbuhan pada rahim atau serviks
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor pakar sakit puan mengenai masalah anda kerana ia bukan sesuatu perkara yang normal. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor pakar sakit puan kami secara atas talian mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan