
Sulit
5 tahun
Darah mengandungi jangkitan HIV
Saya lelaki umur 37.saya ada buat madical checkup.ujian darah saya ada hiv.sebelum ni saya tiada gejala yang menghidap hiv.ada cara untuk mengubati

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, jangkitan HIV mempunyai window period yaitu tempoh waktu diantara dijangkiti sampai antibodi HIV terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang dapat berbeza-beza, namun rata-rata sekitar 3 minggu. Cara terbaik untuk mendeteksi jangkitan HIV adalah melalui pemeriksaan darah.
HIV juga dikenali human immunodeficiency virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudah pun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah. Perlakuan yang biasanya melibatkan pertukaran darah ini adalah hubungan seksual dan perkongsian jarum yang sama.
Sekiranya anda telah disahkan dengan HIV, langkah terbaik adalah mendapatkan melakukan pemeriksaan untuk mengetahui kadar virus HIV dalam tubuh anda. Seterusnya dapatkan rujukan untuk mengambil ubat HIV.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih