Sulit
4 tahun
Darah nifas atau haid?
Salam sejahtera doktor.Pada 14/7/19 saya telah selamat bersalin dan melahirkan anak perempuan.Pada minggu ketiga,darah nifas saya telah habis.Pada minggu keempat,iaitu setelah anak saya berusia sebulan,saya mengambil pil perancang “nodette” untuk mencegah kehamilan.Setelah 2 minggu lebih saya mengambil pil tersebut,lendir berwarna coklat dan sedikit merah tiba2 keluar.soalan saya,adakah darah lendir tersebut dari nifas yang belum habis dan datang kembali?ataupun darah haid?sekiranya haid,pil perancang baru diambil untuk tempoh 2 minggu…adakah mungkin sebab pada minggu kelima saya telah makan laksa dan mungkin sebab itu lendir coklat/merah keluar akibat rahim belum sembuh sepenuhnya?sebab saya ada makan laksa dalam minggu kelima…mohon dijawap soalan saya doktor…terima kasih… (utk pengetahuan doktor,saya telah mengambil pil nodette selama 12 tahun…jarak anak pertama dengan anak kedua adalah 12 tahun)
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan serta lendir berwarna coklat yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan - sekiranya ada berlaku persetubuhan sebelum atau diawal pengambilan pil perancang
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi - ovulasi terjadi 1-2 minggu selepas haid pertama atau tamat nifas
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Kesan perancangan kehamilan
Ianya tiada kaitan dengan pemakanan laksa kerana tiada larangan dalam perubatan akan pemakanan laksa melainkan jika anda alah kepadanya. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.