
yayanggendutt95
4 tahun
Darah period kehitaman
hai , sy amira berumur 24 tahun dan belum berkahwin . saya ingin bertanya ,saya datang period sebulan 2 kali , tapi hari ini saya mendapati darah period saya kehitaman . sebelum nie tak pernah terjadi baru bulan ini . adakah ia berbahaya ? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah haid berwarna coklat kehitaman yang keluar dari faraj boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Darah lama
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.