
Sulit
3 tahun
Darah saat bersama suami
saya berusia 25tahun dan sudah berkahwin. semalam saya ada bersama dengan suami. waktu tengah bersama ada keluar banyak darah masa suami tarik keluar mr P dia. walaupun suami tak masuk kan sepenuhnya, saat dia tarik keluar mr P akan ada darah keluar melalui vagina saya. darah yang berwarna merah pekat dan apabila saya cuci di toilet, ada setepek darah keluar melalui vagina saya dan darah yang keluar tuh berbau seperti darah haid. tapi saya bersama dengan suami bukan waktu haid. adakah normal doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Sememangnya pendarahan di luar waktu haid adalah sesuatu perkara yang membimbangkan. Pendarahan ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Jangkitan kuman pada sistem reproduktif
- Radang pelvis (Pelvic inflammatory disease)
- Atrophic vaginitis
- Polip
- Ketumbuhan pada serviks atau faraj
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor pakar sakit puan supaya masalah anda dapat diketahui puncanya. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor pakar kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan