
tulipz.sky2018
5 tahun
Darah sedikit selepas bersama suami
Saya hamil 28weeks 4days…saya dapati ada darah sedikit,warna merah selepas saya buang air kecil…semasa lap pd tisu…area vagina pedih sedikit semasa kena air…saya bersama dgn suami pd malamnya…apa yg patut sy buat?perut tak sakit…baby pn gerak ok…just sy ada GBS positif…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Gejala pendarahan selepas persetubuhan bersama suami anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kurang pelincir atau faraj kering
- Polip di serviks
- Masalah pembekuan darah
Sekiranya pendarahan ini berterusan dan banyak serta anda tidak merasa pergerakan bayi, anda perlulah segera ke hospital bagi melakukan pemeriksaan segera. Sekiranya ianya hanya berlaku sekali sahaja, anda boleh lakukan beberapa langkah seperti penggunaan pelincir ketika persetubuhan bagi mengurangkan iritasi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.