
Sulit
4 tahun
Darah tinggi atau darah gemuruh?
Salam & Hi Doc,
Wujud tak istilah darah gemuruh? Ini kerana ibu saya tiada darah tinggi dan sejarah keluarga pun tiada darah tinggi. Tetapi semasa pemeriksaan di klinik, perasaan berdebar ibu saya membuatkan bacaan tekanan darahnya tinggi sedangkan jika dilakukan sendiri pemeriksaan di rumah, bacaannya adalah normal. Akan tetapi, kenapa doktor di pusat kesihatan memberi ubat darah tinggi kepada ibu saya walaupun perasaan gemuruh semasa di klinik membuatkan bacaannya tinggi? Adakah darah gemuruh dan darah tinggi sama? Terima kasih doc.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Perkara yang dialami oleh ibu anda adalah normal kerana perasaan gemuruh semasa berjumpa dengan doktor boleh memberikan keputusan tekanan darah yang kurang tepat. Seeloknya, dia diminta untuk bertenang dahulu.
Bagi info dan keterangan tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.