
Sulit
2 tahun
Darah tinggi dan platelet rendah
Salam, saya nk tanya. Adik saya lelaki, 23 tahun. Kebelakangan ni dia kerap sakit kepala dan bila check tekanan darah dia sgt tinggi. Tp platelet dia rendah. Bacaan 26 sahaja. Kepekatan darah sgt pekat sehingga masa nurse ambil darah pun boleh beku darah. Doc yg sekarang suh mkn ubat darah tinggi dan diagnose reason sbgai unknown. Boleh doc tlg or any opinion?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan pihak tuan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh adik anda, namun begitu kami tidak boleh memberikan pendapat atau membuat sebarang kesimpulan tentang masalah adik anda kerana setiap penyakit, diagnosis dan rawatan adalah perlu berdasarkan maklumat yang lengkap dari segi segala maklumat latar belakang kesihatan, gejala, pemeriksaan dan ujian tertentu.
Oleh itu, anda disarankan untuk membawa adik anda mematuhi follow up dan nasihat doktor yang merawat adik anda agar beliau dapat dirawat dengan baik. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.