
zee.pearl
2 tahun
Darah tinggi mendadak and jantung berdenyut kuat
Saya wanita 59 tahun, dlm dua bln ini jantung saya sllu kuat denyut Dan darah naik tinggi, says suda beberapa kali, masuk emergency, pada 28hb June 2019 says masuk emergency dng kes sama denyutan jantung kuat dan darah tinggi naik, Dr recommen utk ambil warfarin, selamat kah guna warfirin? Berapa lama harus kita mkn warfarin?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Warfarin lazimnya digunakan untuk mencairkan darah yang seterusnya melancarkan perjalanan darah. Warfarin hanya boleh diambil dengna pengawasan ketat oleh pakar perubatan.
Sekiranya anda disyorkan untuk mengambil warfarin, anda berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk menghadapi serangan jantung, strok dan penyakit arteri lain (peripheral artery disease). Warfarin diberi untuk mengelakkan penyakit ini berlaku. Lazimnya di samping preskripsi warfarin, kadar kebolehbekuan darah (INR) anda akan diperiksa dari masa ke semasa. Anda perlu mengambil ubat cair darah ini sehingga lah INR anda mencapai pada tahap memuaskan.
Terima kasih