
haniesalhanie36
5 tahun
Datang bulan berterusan
Saya wanita berusia 35 mengalami period berterusan, darah tersebut bau seperti darah biasa. Nak jalankan ujian pap smear adakah selepas darah berhenti?sekiranyer berterusan, waktu bila sesuai untuk menjalankan ujian pap smear?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Apabila haid berpanjangan, hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sebaiknya anda pergi untuk mendapatkan konsultasi doktor bagi memeriksakan keadaan-keadaan diatas yang mana salah satu pemeriksaannya juga adalah ujian pap smear. Ujian pap smear sebetulnya adalah lebih baik dilakukan diluar waktu haid. Sekiranya haid berterusan boleh dilakukan pemeriksaan lain seperti pemeriksaan darah dan lain-lain terlebih dahulu sesuai rekomendasi doktor.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.