aleeyaqistina9405
2 tahun
Datang haid dalam tempoh yang lama tetapi datang dalam 2-3 bulan sekali
Saya pelajar perempuan berumur 16 tahun . Saya nak bertanya jika haid datang 2 bulan sekali atau 3 bulan sekali dikira normal? dan bila datang haid di suatu masa tu lama … dalam 12-14 hari macam tu atau lebih. Harap doktor dapat menjawab soalan saya kerana saya ada rasa bimbang jugak :3
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti penyakit jantung, tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Kelewatan haid yang diiringi dengan sakit bawah perut & sakit pinggang belakang pula boleh berpunca dari:
- kehamilan (dalam atau luar rahim)
- masalah pada organ rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.