Sulit
5 tahun
Datang haid lambat 2 hari, perlu check upt
Hai doc, sy ada kekeliruan, perlu check upt klau selepas period lmbt 2 hari??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid lambat yang dialami oleh anda. Untuk pengetahuan anda, selain kehamilan terdapat banyak sebab untuk haid lambat. Antaranya:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Pada pendapat saya, mungkin anda boleh menunggu beberapa hari lagi sebelum melakukan ujian kehamilan melalui air kencing. Hal ini kerana kitaran haid tidak semestinya tepat dan sama pada setiap bulan. Namun begitu, tiada masalah sekiranya anda ingin melakukan ujian tersebut. Tetapi keputusan boleh menjadi negatif kerana masih terlalu awal.
Jawapan berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih.

























