
Sulit
4 tahun
Datang haid yang lewat
Saya wanita berumur 34 tahun Dan telah lewat period… period pertama pada 5/12 - 9/12 Dan bagi period kedua pula 26/12 ke 28/12 … sepatutnya di jangka period akan datang diantara
Minggu ke-3 @ ke-4…Boleh doctor terangkan pasa saya apa masalah nya ? TQ

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Selain daripada kehamilan terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!