
Sulit
5 tahun
Datang period hanya 2 hari
Saya berumur 39 tahun. Bulan
Tahun Lepas sye pernah buat pembedahan kandungan luar rahim… soalan sye… adalah period 2 hri Ada tanda tanda untuk Hamil?ini sye dtg Bulan hanya 2 hri.tidak banyk.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kitaran haid normal adalah sekitar 2-7 hari. Berkemungkinan ianya normal. Selain itu, tanda-tanda kehamilan merupakan seperti:
Haid Lewat Atau Tidak Datang Haid
Mual Loya Atau Muntah
Saiz Payudara Membesar Dan Payudara Menjadi Lebih Sensitif
Kerap Kencing
Deria Bau Lebih Sensitif
Pendarahan kecil
Keputihan
Perubahan selera makan
Keletihan
Namun, untuk memastikan anda hamil, amat disarankan untuk anda melakukan ujian kehamilan melalui aor kencing (UPT)
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.