amalinaaroslii
6 tahun
Delay period and spotting
Hi saya ada masalah delay period for 5 days already. Before this tak pernah delay kalau ikut period table. Then yesterday ada spotting and i thought its period. But takde any tanda period sampai harini. Harini still ada sedikit spotting lagi tapi tk seperti darah period. Adakah ianya tanda awal pregnant?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan spotting antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil atau IUD
Sekiranya anda mengesyaki hamil berdasarkan haid anda yang lewat, sila lakukan ujian kehamilan untuk mendapatkan pengesahan. Jika anda tidak hamil, rujuk masalah ini kepada doktor untuk mengeanl pasti punca haid lewat anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
























