
nurazhani.00
5 tahun
Demam 3 hari termasuk muntah
Salam & Hai.Adik saya berumur 14 tahun.sudah 4 hari dia demam & muntah.Muntah pula keluar makanan.Hari 2nd pling banyak kali muntah iaitu lebih kurang 6 kali.Perut sentiasa angin.Adakah ada masalah dalaman?Sebelum ni dia operate buang apendiks.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti suhu badan, apakah terdapat sakit perut, jadual pemakanan, riwayat alergi, usia, riwayat kesihatan keluarga dan sebagainya.
Secara umum, sakit perut yang timbul secara tiba-tiba dapat terjadi disebabkan oleh:
- Demam tifoid
- Dengue
- Amebiasis hati (jangkitan hati)
- Food poisoning
Bagaimanapun, gejala yang anda jelaskan disini adalah kurang lengkap. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.