
Sulit
4 tahun
Demam, batuk dan selesema
Hello, saya ingin ke klinik tapi apakah boleh disaat saya mengalami demam dikhuatiri demam dan sakit2 berkaitan sama dengan simptom covid 19 , apakah SOP yang perlu dipatuhi semasa ke klinik nanti. Thanks.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai rantaian jangkitan COVID-19 yang perlu disekatkan. Untuk makluman anda, jika anda mengalami simptom-simptom yang berkaitan dengan COVID-19 seperti batuk, sesak nafas, dan demam, anda disarankan untuk mematuhi arahan SOP seperti yang berikut:
- Jika berkebolehan, anda boleh menghubungi doktor yang berhampiran untuk melakukan langkah seterusnya
- Sila pakai face-mask sekiranya anda perlu pergi ke klinik
- Jarakkan diri anda dengan orang lain sejauh 1 meter
- Sila pakai pakaian yang bersih dan basuh pemakaian anda yang telah dipakai.
- Kurangkan sentuhan dengan orang lain sepanjang perjalanan ke klinik
- Pastikan persekitaran anda disanitasikan secukupnya
- Sila berjumpa dengan ahli hospital di kawasan khas untuk menyambut pesakit yang disyaki menghidap COVID-19
Kami sarankan anda untuk menghubungi doktor anda atas talian dahulu untuk mengenalpasti dengan tepat mengenai masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.