
alwaysmekael
5 tahun
Demam berlarutan panjang
5 hari yg lepas, sy baru sahaja discaj dari hosp, sy menghidap pnyakit “bladder tumor” dan kini sudah dibuang pnyakit tersebut. Selepas shja discaj, sy pulang ke rumah untuk rehat lalu sy tidur. Apabila sy bangun, sy terada badan sy tersangat panas, sy pergi ke hospital utk dptkn rawatan semula, suhu sy ialah 39.9, hari pun sudah dah nak naik pagi, sy tdk tahan menunggu keputusan dari hosp, sy balik rumah dan rehat. Esoknya ada penurunan pda bhgian kepala dan badan, sy beli ubat demam, antibiotic, batuk, muntah, vitamin, dari clinic. Sy mkn ubat tersebut dan berkesan. Tetapi tapak tangan dan telapak kaki sy terasa panas. Walaupun dalam bilik sejuk, kedua bahagian ini akan terasa panas sehingga sy susah nak tidur. Skrg ni sy tdk tahu nak buat apa, makan ubat demam pun, sy rsa tak demam sangat. Sy mohon doctoroncall ni utk jawab pertanyaan sy. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah demam ini boleh berpunca daripada pelbagai sebab dan berdasarkan keterangan yang anda berikan, puncanya boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran kencing selepas prosedur membuang ketumbuhan
- Reaksi hormon tiroid yang menyebabkan kondisi hipertiroid
- Keradangan saluran kencing atau badan ketika pembedahan
Sekiranya demam ini tidak kebah dan anda mengalami gejala seperti sakit dikawasan pembedahan, sesak nafas, sakit dada dan bangkak kaki, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor segera kerana ia boleh bermaksud komplikasi dari pembedahan yang dilakukan sebelum ini. Sekian