
Sulit
5 tahun
Demam hampir seminggu
hi, saya ingin bertanyakan mengenai suami saya. beliau baru sahaja mengambil jus untuk berhenti ketum kerana sebelum ini beliau sangat gemar akan ketum hampir setiap hari beliau akan minum pada waktu pagi dan malam… Dan setelah beliau mendapat tahu saya hamil anak sulung kami, beliau berhasrat untuk berhenti ketum. jadi persoalan saya, adakah ianya memudaratkan kepada beliau. beliau mengalami sakit kepala, loya tekak, sakit sendi, demam yang sangat panas. sudah puas makan ubat yang doctor berikan tetapi tidak berkenan… jadi bagaimana ya doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi. Terima kasih atas soalan yang diberikan. Pertama sekali, tahniah atas kandungan puan. Semoga kehamilan berjalan dengan lancar.
Ketum banyak digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan namun, ia juga boleh disalahgunakan sebagai dadah. Berdasarkan keterangan puan, saya dapati suami puan mengambil ketum bukan untuk perubatan makanya, amat bagus dan tidak memudaratkan jika dia berhenti mengambil ketum. Manakala bagi masalah yang dihadapi oleh dia sekarang ia kemungkinan simptom dari gejala withdrawal syndrom (gejala yang dialami selepas berhenti mengambil sesuatu bahan yang menyebabkan ketagihan)
Antara gejala withdrawal adalah:
- sakit otot atau sendi
- resah
- bimbang
- lakrimasi
- hidung berhingus
- peluh berlebihan
- sukar untuk tidur
- kerap menguap
- cirit birit
- perut kejang
- bulu roma meremang
- mual
- anak mata membersar dan boleh menyebabkan mata kabur
- jantung berdebar
- tekanan darah tinggi
Berikut merupakan jawapan am dan bukannya diagnosis tepat bagi masalah suami puan. Ada banyak lagi kemungkinan lain yang boleh terjadi. Oleh itu, puan disarankan untuk merujuk masalah ini dengan doktor kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan lebih lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.