Sulit
4 tahun
Demam menggigil pada waktu malam
Bila waktu malam saja saya terkena demam… Menggigil secara tiba2, then suhu badan tiba2 panas… Kepala jd pening… Da 5mlm masih sama…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam malam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Demam tifoid
- Demam denggi
- Demam malaria
- Demam chikungunya
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Nasihat saya agar anda menggunakan termometer untuk mengukur suhu tubuh anda. Sekiranya suhu tubuh anda melebihi suhu normal 37.5, silakan untuk merujuk ke doktor.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.