
Sulit
5 tahun
Demam on Off dan selera makan berkurang
Saya berumur 41, suami saya ]bekerja sebagai courier delivery person. For the past few weeks saya rasa bdn sara semacam demam on off. Sya ada check suhu badan tp xpernah lebih 36.9C. Badan saya juga rasa kurang selesa, seperti rasa sengal2 dan selera utk makan kurang. Bila makan nasi rasa seperti nak muntah n mual.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria / virus
Allergic Rhinitis
Keradangan
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.