Anonymous
3 tahun
Demam panas berlarutan
Anak saya demam panas dan telahpun sy beri pcm oral sebanyak 3x (4hourly) dan demam masih tidak kebah. Kali keempat sy berikan suppository (jam 2.30am) kerana badan nya agak panas. Sepanjang tempoh dia demam bermula semalam, 2x antibiotic telah diberikan (1hari 2x). Patutkah sy membawa anak ke hospital untuk rawatan lanjut? Terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Menurut penyataan anda, anak anda sedang mengalami jangkitan yang menyebabkan demam yang tidak kebah walaupun diberikan paracetamol dan antibiotik. Jadi anda disarankan untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor dengan kadar segera supaya pemeriksaan dan ujian yang sesuai dapat dibuat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.