
Sulit
4 tahun
Demam panas sejak 21 March 2020
Hi Doc, umur saya 23 tahun. Saya ada demam panas sejak 21 march dan berlarutan sampai sekarang. Dah check darah, platelet adalah 158. Selain daripada tu, report adalah normal. Takde batuk & sakit tekak. Adakah ini symptom dengue ataupun covid?

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah diajukan. Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan demam berpanjangan seperti:
- Demam tifoid
- Demam denggi
- Demam malaria
- Demam chikungunya
- Penyakit tibi
- Penyakit berkaitan keradangan seperti penyakit radang usus, radang hati
- Penyakit berkaitan sel darah putih seperti leukemia
Memandangkan anda telah berjumpa dengan doktor serta mempunyai bacaan darah yang normal, anda hanya perlu mengambil rawatan seperti yang doktor tersebut sarankan. Bacaan platlet anda ialah pada kadar yang normal. Namun kami memerlukan maklumat lanjut untuk mengulas lanjut tentang punca demam anda yang berlarutan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor swasta atau di KK. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.